Pengenalan

Post Centre merupakan sebuah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan mel dan kurier melalui aktiviti penerimaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengedaran dan serahan item kepada warga sekitar.

Menerusi pengalaman selama hampir 10 tahun dalam perkhidmatan kurier, dengan outlet pertama yang ditubuhkan pada November 2014 di Bandar Puncak Alam, ia secara tidak langsung menjadi nadi penggerak buat Post Centre untuk menyusuri segenap kawasan yang dilihat memberi peluang keemasan bagi menawarkan servis pusat sehenti kepada masyarakat.

Untuk rekod, sehingga kini Post Centre telah mempunyai 90 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Kebanyakannya dikelolakan oleh pemegang lesen. Perkhidmatan yang ditawarkan di setiap cawangan pula tidak hanya terhad kepada mel dan kurier sahaja tetapi turut merangkumi servis-servis lain seperti pembaharuan insurans dan cukai jalan, pembayaran bil dan utiliti, serta servis penghantaran motosikal.

Misi

Post Centre komited untuk menyediakan perkhidmatan kurier kelas pertama kepada para pelanggan dengan menawarkan kadar yang munasabah secara konsisten.

Visi

Beraspirasi untuk mengembangkan perusahaan menerusi peluang perniagaan yang dijalankan kepada para pemain industri ataupun usahawan dengan menyediakan platform perniagaan ini kepada mereka.

×

Hi!

Sila pilih wakil kami untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh hantarkan emel kepada  postcentre.bd@gmail.com

× WhatsApp Kami