Kurier Malaysia: 5 Sebab Utama Mengapa Anda Patut Memilih Post Centre

Pada zaman ini, terdapat banyak servis kurier Malaysia yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia termasuklah Poslaju, J&T, Ninja Van, City-Link, GD Express, DHL, Skynet, ABX Express, Nationwide dan pelbagai lagi. Tetapi, masalah yang sering melanda pengguna adalah kesukaran untuk menghantar atau menerima barangan. 

Rata-rata pembeli sekarang memilih untuk membeli barang secara atas talian jadi para pemilik perniagaan atau usahawan dan juga ejen-ejen memerlukan servis ini untuk membuat penghantaran. Perkhidmatan kurier Malaysia masa kini sudah menjadi kebiasaan apatah lagi dengan norma baru berikutan perintah kawalan pergerakan. 

Dengan adanya servis sebegini, anda tidak perlu lagi memandu ke pusat beli belah kerana pesanan anda akan dihantar sehingga ke hadapan pintu rumah anda. Segalanya lebih jimat apabila anda menggunakan kurier Malaysia.

Kerana perkhidmatan kurier mempunyai pusat atau pejabat tersendiri yang mungkin agak jauh daripada pengguna terutama usahawan atas talian ketika hendak menghantar pesanan mengikut kurier pilihan pelanggan. 

Bukan itu sahaja, perkhidmatan kurier Malaysia juga dilihat amat memudahkan pengeposan surat atau dokumen penting lebih-lebih lagi jika hendak dihantar ke tempat yang jauh dan memerlukan penghantaran segera sekitar 1 ke 3 hari mengikut jarak kawasan. 

Pelanggan juga semestinya memilih kurier yang mempunyai akses ke kawasan perumahan masing-masing. 

Bagi memudahkan urusan kedua-dua belah pihak, Post Centre telah diwujudkan bertujuan untuk menjadi pusat sehenti yang mengumpulkan pelbagai kurier Malaysia di bawah satu bumbung yang sama. 

Di sini kami sertakan 5 sebab utama mengapa anda patut memilih Post Centre:

  1. Cawangan di seluruh negara 

Post Centre telah bertapak di Malaysia selama hampir 10 tahun dan memiliki 40 buah cawangan di seluruh semenanjung. Ini termasuklah 26 cawangan di Selangor, 5 cawangan di Kelantan, 3 cawangan di Perak, dan masing-masing 1 cawangan di Kuala Lumpur, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, dan Melaka.

Setiap cawangan juga dikendalikan oleh pemegang lesen dan berdaftar dengan Post Centre. Ia bertujuan memastikan keselamatan barangan dan mengelakkan pengguna daripada ditipu atau mengalami kerugian. Terbukti, Post Centre mementingkan kepuasan pengguna. 

  1. Melibatkan pelbagai syarikat kurier

Kepelbagaian syarikat kurier Malaysia ini pastinya memudahkan para pengguna dan usahawan atas talian. Ia juga dijangka akan melibatkan lebih banyak syarikat kurier pada masa akan datang bagi memudahkan lebih ramai pelanggan.

Post Centre juga bekerjasama dengan pelbagai syarikat kurier yang menjadi pilihan ramai. Terdapat lebih kurang 11 syarikat kurier seperti Poslaju, J&T, Ninja Van, City-Link, GD Express, Skynet, ABX Express, KTMD, Century Express, Line Clear Express & Logistics, serta Pos International.

  1. Servis kurier menyeluruh

Servis menyeluruh ini amat memudahkan individu terutama yang kekurangan masa atau tenaga kerja untuk memproses ataupun membungkus barangan. Segalanya lebih mudah apabila anda memlilih Post Centre. 

Apa yang menarik ialah Post Centre bukan sahaja beroperasi sebagai pusat penerimaan barang tetapi juga sebagai pusat pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengedaran dan serahan barangan kepada pengguna sekitar.

  1. Caj servis yang berpatutan

Anda juga tidak perlu risau apabila berurusan dengan Post Centre kerana tiada caj tersembunyi dikenakan. Sebaliknya, Post Centre hanya mengenakan caj servis yang berpatutan. Terbaru, Post Centre menawarkan promosi RM 7.00 untuk barangan seberat 1kg.

  1. Menawarkan pelbagai servis selain kurier

Anda juga boleh memperbaharui cukai jalan dan insurans seperti Etiqa Insurance, Kurnia Insurans, AM Assurance, My Eg Takaful, AIG, dan Zurich. Sesuai dengan matlamatnya, Post Centre berazam untuk menjadi pusat sehenti bagi memudahkan aktiviti dan urusan harian para pengguna terutama warga sekitar.

Ini kerana, Post Centre juga bertindak sebagai pusat sehenti bagi servis selain kurier yang amat memudahkan pengguna. Servis penghantaran motosikal, khidmat serahan Shopee, Lazada, dan Pigeon, serta pembayaran bil dan utiliti juga disediakan di sini.

Layari laman sesawang mereka di https://www.postcentre.com.my/ untuk maklumat lokasi cawangan yang lebih terperinci. Berita baik buat anda yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan Post Centre, anda boleh terus menghubungi mereka di talian 013 – 254 4048.

Maklumat lebih lanjut mengenai kurier Malaysia atau servis lain yang ditawarkan oleh Post Centre, boleh anda dapatkan dengan menghubungi mereka di talian +603-3359 6654 atau e-melkan kepada info@postcentre.com.my.

 

 

 

 

Leave a Comment

×

Hi!

Sila pilih wakil kami untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh hantarkan emel kepada  postcentre.bd@gmail.com

× WhatsApp Kami